• Nak Kahwin Game Tetris

    Published: Monday, 8 January 2018
    A- A+

    Wanita dari Florida, Amerika Syarika (AS) mendakwa dia menemui ‘cinta sejatinya’ dengan permainan Tetris dan merancang untuk mengahwininya.

    Noorul Mahjabeen Hassan yang mahu dikenali sebagai Fractal Tetris Huracan, 20, berkatadia ‘menjalin hubungan’ dengan permainan Tetris sejak 2016.

    Buktinya, dia menghabiskan masa 12 jam sehari bersama permainan terbabit.

    Bagaimanapun katanya, ia bukanlah cinta pertamanya memandangkan sebelum ini pernah jatuh cinta dengan kalkulator yang dia namakan sebagai Pierre De Fermat, sempena nama seorang ahli matematik.

    “Ktika jatuh cinta dengan Pierre, saya mempunyai tarikan yang kuat terhadap matematik dan keinginan kepada geometri,” katanya.

    Biarpun hubungan peliknya itu sering mengundang komen buruk daripada orang lain namun dia berharap ia akan mengurangkan rasa malunya terhadap masalah tarikan seksual terhadap objek (objectum sexuality).

    “Saya tidak merosakkan apa-apa atau mencederakan sesiapa. Apa isunya? Mereka merasakan ia pelik tetapi tidak boleh memberikansatu alasan paling baik mengapa saya tidak patut bercinta dengan Tetris,” katanya.-Daily Mail

    Subjects:

  • No Comment to " Nak Kahwin Game Tetris "