• Najib Ziarah Makam Rasulullah SAW

    Published: Thursday, 11 January 2018
    A- A+

    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan keluarga termasuk ibu beliau Tun Rahah Mohammad Noah berpeluang memasuki makam junjungan mulia Nabi Muhammad SAW di Masjid Nabawi, Madinah.

    “Alhamdulillah, semalam saya dan keluarga telah melawat Raudhah dan makam Nabi Muhammad SAW selepas solat Isyak di Masjid Nabawi.

    "Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud telah memberi kebenaran untuk saya dan keluarga termasuk bonda memasuki makam Rasulullah SAW," katanya menerusi catatan di Twitter, hari ini.

    Beliau memanjatkan kesyukuran kerana dapat memasuki makam Baginda dan diberikan penghormatan untuk berbuat demikian memandangkan ia diberikan kepada tetamu istimewa kerajaan Arab Saudi sahaja.

    "Kami bersyukur dapat memasuki makam Nabi Muhammad SAW dan diberi penghormatan berbuat demikian kerana ia hanya diberikan kepada tetamu-tetamu istimewa kerajaan Arab Saudi sahaja dan tidak ramai mendapat peluang tersebut," katanya.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Najib Ziarah Makam Rasulullah SAW "