• Najib Yakin BN Menang Besar Di Sabah

    Published: Friday, 19 January 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan keyakinan Barisan Nasional (BN) mampu meraih kemenangan besar di negeri Sabah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), jika gabungan parti itu bersatu dan mengamalkan semangat berpasukan.

    Menerusi akaun Twitternya, Najib selaku Pengerusi BN menyeru kesemua jentera parti berjuang habis-habisan pada pilihan raya tersebut demi mencapai kemenangan.

    “Saya yakin BN Sabah mampu menang besar andai semua bersatu padu dan komited sebagai satu pasukan.

    “Jangan berhenti bekerja keras, terus berjuang sehingga ke penghabisan PRU-14 nanti,” katanya menerusi status di akaun Twitter beliau hari ini.

    Najib sedang mengadakan lawatan ke Sabah dan Labuan bermula semalam termasuk dengan melancarkan Pelan Tindakan Pembangunan Labuan 2030 dan Pelan Transformasi Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC).

    Di dalam status berasingan, Najib berkata, sebagai sebuah parti kerajaan, BN sentiasa peka dan prihatin terhadap keperluan rakyat di Sabah.

    Ketika mengadakan lawatan ke Pasar Donggongon, Penampang, Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukkan sebanyak RM8.5 juta untuk tujuan menaik taraf pasar tersebut.-UTUSAN ONLINE


    Subjects:

  • No Comment to " Najib Yakin BN Menang Besar Di Sabah "