• Najib Tunai Janji Dan Terbukti Malaysia Tidak Bankrap

    Published: Monday, 8 January 2018
    A- A+
    Dalam pengumumam bajet 2018 lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bayaran khas RM1500 untuk penjawat awam dan RM500 bagi pesara kerajaan.

    Hari ini ia merupakan berita baik bagi 1.6 juta penjawat awam dan 775,000 pesara kerajaan.

    Bayaran khas RM1000 dibayar kepada penjawat awam pada hari ini (8 Januari) dan RM500 kepada pesara kerajaan.

    Ini membuktikan setiap yang dijanjikan kerajaan BN tetap ditepati walaupun pihak pembangkang mencipta pelbagai propaganda menjatuhkan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Pada masa sama, Pakatan Harapan (PH) mendakwa negara ini akan bankrap begitu jauh tersasar kerana selama ini penjawat awam sering diberi bayaran khas sebanyak RM500.

    Pada 2018 ini peningkatan sebanyak RM1500 membuktikan kerajaan mampu dan tidak bankrap seperti yang di dakwa PH.

    Jelaslah apa yang didakwa PH memang tersasar dan sekadar momokan politik kebencian demi kelangsungan agenda peribadi para pemimpin PH sahaja. - A Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Najib Tunai Janji Dan Terbukti Malaysia Tidak Bankrap "