• Najib Tidak Abaikan Penduduk Serian

    Published: Monday, 22 January 2018
    A- A+

    Menteri Sumber Manusia Dato Sri Richard Riot Jaem percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan mengabaikan penduduk kawasan parlimen P.199 Serian dalam aspek pembangunan.

    "Pengundi di P199 Serian tidak diabaikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dan Barisan Nasional (BN) dalam aspek pembangunan yang dilaksanakan," katanya yang juga Ahli Parlimen Serian seperti dilaporkan The Borneo Post.

    Malah menurutnya, pengundi di Serian juga mempunyai banyak sebab untuk menolak Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mengabaikan Serian sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri.

    "Banyak sebab dan alasan untuk penduduk Serian menolak Tun Mahathir termasuk diabaikan sepanjang 22 tahun menjadi pemimpin nombor satu negara," ujarnya.

    Pada masa sama Riot turut berterima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu Dato Sri Michael Manyin dan ADUN Kedup Martin Ben yang banyak membantu memberi kemenangan kepada BN pada pilihan raya umum lepas.

    Beliau menjelaskan, kemampuan BN di Serian amat jelas dilihat berdsarkan majoriti melebihi 13,000 undi berdasarkan keputusan pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) dan PRU13 dan membuktikan kerjasama rapat wakil rakyat.

    "Saya yakin akan mendapat majoriti undi lebih tinggi jika dicalonkan mewakili BN di Serian," jelasnya.-Sarawakiana






    Subjects:

  • No Comment to " Najib Tidak Abaikan Penduduk Serian "