• Najib Mahu Calon PRU14 Bersih

    Published: Friday, 12 January 2018
    A- A+
    Pillihanraya Umum ke-14 (PRU14) nanti akan menyaksikan semua calon Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dipastikan mempunyai rekod bersih.

    Memetik laporan portal Sarawak Voice, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, Pengerusi BN Pusat, Datuk Seri Mohd Najib Razak sebelum ini membayangkan calon-calon yang disenaraikan BN, baik mula lama mahupun baharu, perlu bersih daripada pelbagai isu seperti muflis, rasuah, jenayah, kewarganegaraan dan sebagainya.

    PRU14 BN tidak akan ada isu calon yang bermasalah dan melanggar undang-undang. Semuanya akan disaring terlebih dahulu di peringkat Suruhanjaya Pencegahan rasuah Malaysia (SPRM) dan agensi berkaitan.

    Setakat ini hanya BN sudah menghantar nama bakal calon untuk disaring dan belum ada lagi nama daripada pihak pembangkang.

    Terbukti BN komited mahukan bakal calon yang bersih kerana selama ini pihak pembangkang sering menuduh wakil rakyat BN melakukan rasuah tetapi tidak pernah mengusul bukti atau fakta kepada pihak berwajib dan hanya berkisar diperingkat ceramah umum ataupun menular di Favebook.

    Ternyata kepimpinan BN terus bertindak sewajarnya agar setiap kepimpinan mahupun calon PRU14 tidak seperti apa yang didakwa pihak pembangkang dan terus berfungsi sebagai sebuah parti yang bebas rasuah dan berintergriti tinggi. -

    Subjects:

  • No Comment to " Najib Mahu Calon PRU14 Bersih "