• Najib & Isteri Tiba Di Singapura

    Published: Monday, 15 January 2018
    A- A+

    SINGAPURA: Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini sebentar tadi untuk menghadiri sesi Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura ke-8.

    Ketibaan Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi pada pukul 2.21 petang dan disambut oleh Menteri Pendidikan (Sekolah) merangkap Menteri Kedua Pengangkutan Singapura, Ng Chee Meng dan isteri Michelle Ng serta Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Datuk Zulkifli Adnan dan isteri, Datin Siti Hawa Othman.

    Najib dan isteri kemudian dibawa ke hotel penginapan mereka di Hotel Shangri-La.

    Pada petang ini, Perdana Menteri dan isteri akan mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Singapura, Halimah Yacob di Istana Presiden.

    Malam nanti, Najib dan rakan sejawatannya, Lee Hsien Loong dijadual merasmikan projek Marina One dan DUO yang dibangunkan oleh M+S Pte Ltd, iaitu syarikat kerjasama antara Khazanah Nasional Berhad dan Temasek Holdings Pte Ltd.

    Selepas itu, Najib dan Rosmah akan menghadiri makan malam anjuran Hsien Loong dan isteri, Ho Ching.

    Esok Najib dan Hsien Loong akan mengadakan pertemuan empat mata untuk membincangkan pelbagai isu, khususnya melibatkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) dan Sistem Transit Rapid. - UTUSAN ONLINE



    Subjects:

  • No Comment to " Najib & Isteri Tiba Di Singapura "