• Najib Hadiri Majlis Tahlil Allahyarham Tun Abdul Razak

    Published: Monday, 15 January 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri majlis bacaan Yasin dan tahlil untuk Allahyarham bapanya, Tun Abdul Razak Hussein di Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi di sini, malam tadi.

    Majlis, yang diadakan ketika genap 42 tahun pemergian Tun Razak pada hari ini, dihadiri isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dan bonda perdana menteri Tun Rahah Mohamed Noah.

    Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Mohammad Akmal Abdul Aziz mengetuai bacaan Yasin dan tahlil, yang diadakan selepas solat Maghrib.

    Allahyarham Tun Razak, Perdana Menteri kedua Malaysia itu meninggal dunia pada 14 Jan 1976 akibat penyakit leukemia pada usia 53 tahun.

    Digelar Bapa Pembangunan Malaysia, Allahyarham Tun Razak mengambil alih jawatan perdana menteri daripada Almarhum Tunku Abdul Rahman pada 22 Septpember 1970.-BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Najib Hadiri Majlis Tahlil Allahyarham Tun Abdul Razak "