• Najib Edar Sampul Angpau Percuma

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Wednesday, 24 January 2018
    A- A+

    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengedarkan sampul angpau secara percuma kepada peminat Facebooknya ‘Ah Jib Gor’, sempena Tahun Baharu Cina yang akan disambut masyarakat Cina pada 16 Februari ini.

    “Tahun ini merupakan tahun keenam (sejak 2013) saya mengedarkan sampul Tahun Baharu Cina edisi khas secara percuma kepada peminat laman sosial Facebook Ah Jib Gor´”.

    “Tahun ini saya menggunakan ‘Lou Sang´ (gaul Yee Sang) sebagai tema sampul Tahun Baharu Cina itu. Selain merupakan antara makanan kegemaran saya, ‘Yee Sang´ juga turut diiktiraf sebagai makanan warisan negara, ” katanya menerusi laman media sosial Facebook ‘Ah Jib Gor´ dalam bahasa Mandarin, semalam.

    Menurut laman itu, rekaan sampul tahun ini juga unik kerana ia mengandungi karikatur Najib serta masyarakat pelbagai kaum mengadakan Lou Sang´, selain gambar makanan tradisional masyarakat Cina seperti kuih bakul.

    Menurut laman itu, peminat hanya perlu tekan ‘Like´ pada laman itu dan mengisi butiran peribadi seperti alamat rumah, nama penuh dan nombor telefon masing-masing menerusi pautan: http://bit.ly/1ECDzbw untuk menerima sampul berkenaan.

    Setiap peket mengandungi enam keping sampul angpau dan akan diedarkan sementara stok masih ada.-BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Najib Edar Sampul Angpau Percuma "