• Mungkin Inilah Yang Sedang Disiasat Di Pulau Pinang

    Published: Friday, 12 January 2018
    A- A+
    Tulisan asal oleh:
    Eric See-To, Facebook Eric See-To, 11 Januari 2018

    The Malaysian Insight melaporkan bahawa kerajaan Pulau Pinang hari ini menyangkal laporan berita bahawa pentadbiran itu telah membenarkan syarikat tujuan khas (SPV) yang dianugerahkan projek terowong dasar laut itu untuk pra-jual hak tanah negeri bernilai RM3 bilion.

    "Buktikan bahawa kami meluluskan pra-penjualan hak tanah. Dari mana mereka (akhbar) mendapat angka RM3 bilion itu?" tanya Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

    https://www.themalaysianinsight.com/s/31952/

    Tanah yang dikatakan itu adalah tanah seluas 50 hektar di Gurney Drive yang sepatutnya diberikan sebagai bayaran kepada SPV Terowong Pulau Pinang setelah mereka menyelesaikan pembinaan bahagian 3 jalan raya projek itu.

    Tanah ini kini sedang ditambak oleh syarikat swasta yang lain tetapi secara kontrak, mereka perlu menyerahkan tanah ini kepada Kerajaan Negeri.

    Oleh itu, ia sememangnya hak tanah. Hak di bawah undang-undang serta perakaunan dianggap sebagai aset dan mempunyai nilai - ia adalah sama dengan tanah sebenar apabila penambakan itu selesai.

    Sehingga hari ini pada Januari 2018, SPV masih belum memulakan pembinaan mana-mana satu daripada jalan raya itu, maka tanah atau hak tanah itu belum menjadi milik mereka lagi. Mereka hanya boleh menuntut pemilikan penuh 50 ekar tanah itu setelah mereka selesaikan kesemua 3 jalan raya itu.

    Bagaimanapun, dalam kerjasama dengan syarikat tersenarai, SPV mengumumkan projek GDV bernilai RM15 bilion di atas tanah ini pada 13 Ogos 2015 dengan Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai saksi.

    http://www.themalaymailonline.com/money/article/consortium-zenith-inked-rm15-bil-wellness-resort-deal-in-penang

    Dan pada 16 Januari 2016, syarikat SPV itu menandatangani untuk menjual keseluruhan 50 ekar kepada anak syarikat kepada syarikat yang tersenarai itu dengan jumlah RM2.83 bilion (okay, sebenarnya tidak tepat RM3 bilion seperti yang dilaporkan oleh The Star). Ketua Menteri Pulau Pinang juga menjadi saksi penandatanganan ini juga.
    http://www.theborneopost.com/2016/01/16/ewein-subsidiary-acquires-land-worth-rm2-83-billion-in-penang/
    https://www.edgeprop.my/content/eweins-unit-buys-50-acres-land-penang-rm283-bil

    Urusniaga tanah 50 ekar ini juga diumumkan kepada Bursa Malaysia oleh syarikat tersenarai: http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/company-announcements/4976409

    Kehadiran Ketua Menteri dalam kedua-dua pengumuman projek dan penandatanganan penjualan tanah itu dapat ditafsirkan sebagai pengendorsan tersirat, atau memberi kelulusan.

    Di sekitar kawasan tanah seluas 50 hektar ini, Kerajaan Pulau Pinang juga telah mengumumkan projek bernilai RM8 bilion yang akan dibiayai sendiri termasuklah projek Gurney Wharf, jalan raya 8 laluan yang mereka katakan akan menelan kos RM400 juta dan 19.5km Pan-Island Link Highway untuk menghubungkan dengan lapangan terbang dengan kos RM7.5 bilion (atau RM385 juta per km).

    Kesemua infrastruktur yang diumumkan dan dibayar oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang ini dijangka akan memberi nilai tambah yang ketara kepada tanah seluas 50 ekar yang 100 peratus dimiliki oleh persendirian sementara kerajaan negeri langsung tidak mempunyai kepentingan ke atasnya.

    Saya percaya ini adalah apa yang SPRM akan siasat jika ada sebarang kesalahan dalam perjanjian ini.

    https://www.facebook.com/EricSeeTo/photos/pcb.1833057520039965/1833037456708638/?type=3

    https://www.facebook.com/EricSeeTo/photos/pcb.1833057520039965/1833039843375066/?type=3

    https://www.facebook.com/EricSeeTo/photos/pcb.1833057520039965/1833039510041766/?type=3

    Link asal artikel:
    https://www.facebook.com/EricSeeTo

    Subjects:

  • No Comment to " Mungkin Inilah Yang Sedang Disiasat Di Pulau Pinang "