• Mukhriz Mengaku Pendam Cita-Cita Mahu Jadi PM, Katanya Lumrah Orang Politik

    Published: Friday, 12 January 2018
    A- A+

    Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir akhirnya mengakui mempunyai cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri suatu hari nanti.

    Katanya, ianya adalah lumrah setiap orang politik untuk menduduki pangkat tertinggi didalam pentadbiran negara.

    "Semua orang yang menyertai politik mempunyai cita-cita untuk menduduki jawatan tertinggi, iaitu jawatan perdana menteri," kata dipetik kenyataan saksi kepada mahkamah dalam samannya terhadap bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz Tunku Ibrahim.

    "Tetapi niatnya mestilah ikhlas kerana sebagai perdana menteri, beliau harus memikul tanggungjawab besar."

    Mukhriz sebelum ini menafikan terlibat dalam pakatan rahsia antara bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk menjadikannya sebagai Perdana Menteri.

    Kata Mukhriz, dakwaan yang ditimbulkan oleh Tunku Aziz itu adalah tidak benar justeru bertindak membawa perkara berkenaan ke mahkamah.

    Bekas Menteri Besar Kedah itu menuntut ganti rugi teladan selain permohonan maaf daripada Tunku Aziz.

    Perbicaraan akan bersambung pada 18 Januari ini.

    Mukhriz menafikan dakwaan berkenaan sambil menambah Pakatan Harapan sudah mengesahkan Dr Mahathir adalah calon perdana menteri pilihan sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya digulingkan.

    "Dimana Tunku Aziz mendapat maklumat bahawa saya dan Kit Siang akan jadi bakal perdana menteri dan timbalan?" soalnya.

    Tunku Aziz sebelum ini mendakwa, Dr Mahathir berpakat bersama Penasihat DAP, Lim Kit Siang bagi menjayakan agenda menjadikan Mukhriz sebagai perdana menteri sementara Kit Siang akan menggalas tugas sebagai timbalan.

    Beliau berani membuat kenyataan secara terbuka berikutan maklumat yang diperolehinya tidak boleh disangsikan bahawa Dr Mahathir dan Kit Siang telah membuat pakatan rahsia untuk menjadikan Mukhriz sebagai Perdana Menteri. - MalaysianDigest

    Subjects:

  • No Comment to " Mukhriz Mengaku Pendam Cita-Cita Mahu Jadi PM, Katanya Lumrah Orang Politik "