• Muhammad Riyadh Zafri Pilihan Hafiz Suip

    Reporter: Yusz Man
    Published: Monday, 8 January 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR - Selepas seminggu dilahirkan, penyanyi Hafiz Suip memilih untuk menamakan anak lelakinya sebagai Muhammad Riyadh Zafri.

    Berita itu dikongikan oleh Hafiz atau nama sebenarnya Mohd. Hafiz Mohd. Suip, 28, dengan memuat naik gambar dokumen surat beranak menerusi akaun Instagram miliknya.

    “Alhamdulillah ini lah nama yang diberi,” tulisnya di Instagram.

    Perkongsian Hafiz itu mendapat respon positif daripada peminat selain turut dihujani ucapan tahniah daripada peminat.

    Anak lelaki pertama penyanyi lagu Awan Nano itu lahirkan pada 31 Disember 2017 hasil perkongsian hidup Hafiz bersama Nureffy Jasreel Abdullah, 26.

    Mereka berkahwin pada 14 Mei 2016 di Taman Matang Jaya, Kuching, Sarawak. - K! ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Muhammad Riyadh Zafri Pilihan Hafiz Suip "