• Model Glamor Dinobatkan Pemandu Trak Paling Seksi

    Published: Monday, 15 January 2018
    A- A+

    Wanita ini merupakan model glamor namun dia bukan sembarangan kerana dia memiliki lesen membawa trak 18 tayar. 

    Menurut Blayze Williams, 26, ramai yang tidak percaya dia boleh memandu trak berkenaan.

    Dinobatkan sebagai pemandu trak paling seksi di dunia, Blayze, dari Australia, akan memakai pakaian seksi ketika memandu. Dia menjadikan memandu trak sebagai pekerjaannya sejak tujuh tahun lalu.

    Menurutnya, dia mahu memasuki dunia pekerjaan yang selama ini didominasi oleh lelaki dan kini telah berjaya.

    “Saya berminat menjadi pemandu trak selepas bekerja sebagai pencuci trak jadi saya dapatkan lesen memandu trak untuk bergerak.

    “Dulu bila saya tengok trak diletakkan di tepi jalan, saya jadi takut tapi kini saya gembira kerana memandunya,’’ kata Blayze.

    Blayze yang juga juara tunggang kuda hanya mendapat pekerjaan sebagai pemandu trak selepas setahun mendapat lesen.

    Dia kini menggalakkan kaum wanita menjadikan kerjaya ini sebagai pilihan kerana terdapat banyak kekosongan dalam bidang berkenaan.

    “Walaupun masanya panjang tetapi wang yang diperolehi adalah banyak,’’ katanya. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Model Glamor Dinobatkan Pemandu Trak Paling Seksi "