• Michelle Obama Berbikini Di Musim Sejuk

    Reporter: Yusz Man
    Published: Monday, 15 January 2018
    A- A+


    MICHELLE Obama dan anak sulungnya, Malia membuat penampilan jarang-jarang berlaku apabila berpakaian renang bagi menikmati cahaya matahari pada musim sejuk di Miami, Amerika Syarikat (AS).

    Beliau dan anak perempuannya berusia 19 tahun berjalan-jalan di Pantai Miami pada Sabtu lalu, yang turut disertai rakan-rakan mereka termasuk bekas penasihat kanan pentadbiran Obama, Valerie Jarrett dan beberapa anggota perkhidmatan sulit.

    Michelle, 53, kelihatan berbeza dengan berpakaian bikini putih yang dipadankan dengan seluar pendek denim warna sama, berjalan kaki di pantai, sambil memegang kasutnya.

    Bekas wanita pertama itu juga memakai blaus putih panjang dan bandana hitam bercorak.

    Malia turut kelihatan kasual bersama ibunya, berpakaian baju 'hood' dengan baju renang bikini warna hitam.

    Bagaimanapun, bekas presiden AS, Barack Obama tidak kelihatan bersama mereka di pantai. - Mail Online


    Subjects:

  • No Comment to " Michelle Obama Berbikini Di Musim Sejuk "