• Mesyuarat Tergempar Sekat Firma Senjata Iran

    Published: Friday, 5 January 2018
    A- A+


    WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) melaksanakan sekatan ke atas lima syarikat Iran, semalam dan memanggil mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

    Ia bagi membincangkan tekanan meningkat ke atas Tehran berhubung rusuhan maut yang melingkari negara itu.

    Tidak jelas jika Moscow atau anggota majlis lain cuba menghalang mesyuarat dijadual jam 3 petang waktu tempatan, kata misi Kazakhstan.

    Tindakan AS itu diambil walaupun pihak berkuasa Iran mengisytiharkan tamatnya pergolakan dan penunjuk perasaan pro-rejim mengambil alih perhimpunan di seluruh negara.

    Lima firma Iran terbabit didakwa menjalankan program peluru berpandu balistik haram, serta ada kaitan dengan bantahan.

    "Sekatan itu menyasar entiti utama terbabit dalam program peluru berpandu balistik Iran yang dikatakan rejim mengutamakan kesejahteraan ekonomi rakyat," kata Setiausaha Perbendaharaan AS, Steven Mnuchin.

    Sementara itu, jalanan Tehran dipenuhi anggota polis lengkap bersenjata walaupun tiada laporan bantahan baharu.

    Stesen televisyen Iran menunjukkan ramai penyokong prokerajaan berarak di 10 bandar termasuk Isfahan, Ardebil dan Mashhad, di mana bantahan pertama meletus seminggu lalu. -AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Mesyuarat Tergempar Sekat Firma Senjata Iran "