• Meninggal Dunia Ketika Dibawa Ke Hospital

    Reporter: Yusz Man
    Published: Tuesday, 16 January 2018
    A- A+

    MUKAH: Polis Mukah mengesahkan penemuan seorang lelaki berusia 59 tahun yang ditemui terbaring dalam longkang di Kampung Parit Seberang dekat sini semalam.

    Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 4.30 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Mohd Zaini Ahmad Jawawi telah ditemui orang awam terbaring dan tidak sedarkan diri

    Ketua Polis Daerah Mukah DSP Jimmy Panyau berkata, pihaknya mendapat makluman mengenai penemuan lelaki berkenaan dan ketika mangsa dibawa ke hospital mangsa disahkan telahpun meninggal dunia.

    “Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital dan tiada kesan kecederaan ditemui pada badan mangsa."katanya dallam satu kenyataan.

    Kes diklisifasikan sebagai kes mati mengejut dan tiada sebarang unsur jenayah ditemui pada mangsa.

    Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dato Dev Kumar ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.-Sarawakiana
  • No Comment to " Meninggal Dunia Ketika Dibawa Ke Hospital "