• Mendiang Celestine Seorang Yang Taat Dalam Perjuangan Parti

    Published: Thursday, 11 January 2018
    A- A+

    KUCHING: Mendiang Tan Sri Celestine Ujang merupakan seorang pemimpin yang komited serta taat dalam perjuangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) semasa hayatnya.

    Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, mendiang pernah menjawat jawatan Ketua Pemuda PBB,Naib Presiden Kanan PBB dan Speaker Dewan Undangan Negeri.

    "Kehilangan beliau pastinya dirasai bukan sahaja oleh ahli keluarga mendiang malah seluruh pimpinan serta ahli Parti PBB dan masyarakat Sarawak khususnya.

    "Takziah kepada keluarga mendiang Tan Sri terutamanya Puan Sri dan sahabat saya YB Datuk Alexander Nanta Linggi serta isteri. Jasa mendiang kepada Parti PBB dan Negeri Sarawak tetap dalam kenangan kita semua," katanya.

    Mendiang Celestine meninggal dunia di sebuah hospital swasta malam tadi pada usia 70 tahun.

    Dalam kabinet negeri ini beliau pernah memegang portfolio Kemajuan Tanah dan Perumahan dan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN).

    Mendiang pernah memegang jawatan naib presiden dan ketua pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).-Sarawakiana
  • No Comment to " Mendiang Celestine Seorang Yang Taat Dalam Perjuangan Parti "