• Mendiang Celestine Sanggup Lepaskan Jawatan Kabinet Demi Perpaduan

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Friday, 12 January 2018
    A- A+

    KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg menyifatkan mendiang Tan Sri Celestine Ujang Jilan bukan hanya pemimpin malah kawan dan rakan sekerja yang baik.

    Menurutnya, mediang merupakan seorang pemimpin yang adil dan tegas serta memainkan peranan penting dalam mempertajamkan kerajaan negeri dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

    “Beliau banyak menyumbang kepada kestabilan Sarawak, terutama selepas 1987.

    “Banyak perkara yang kami pelajari daripada beliau dan seterusnya parti mempunyai ramai pemimpin muda berkaliber selepas itu,” katanya seperti yang dilaporkan Utusan Borneo.

    Abang Johari turut memberitahu mendiang sentiasa mementingkan kesetiaan dan perpaduan serta mengutamakan parti dan negeri berbanding kepentingan peribadinya.

    “Mendiang adalah orang yang berperanan menyatukan PBB selain secara sukarela membantu rakan-rakan lain dari Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) menyertai kerajaan dengan melepaskan jawatan dalam kabinet yang dipegangnya ketika itu.

    “Itulah pengorbanan mendiang yang sangat besar kepada kerajaan negeri yang akhirnya membolehkan PBDS menyertai kerajaan ketika itu,” tambahnua.

    Abang Johari turut merakamkan ucapan takziah bagi pihak kerajaan negeri kepada ahli keluarga mendiang. - Sarawakiana
  • No Comment to " Mendiang Celestine Sanggup Lepaskan Jawatan Kabinet Demi Perpaduan "