• Mendiang Celestine Disenangi Ramai, Berjiwa Rakyat

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Thursday, 11 January 2018
    A- A+

    Walaupun aktif berpolitik selepas persaraan Mendiang Tan Sri Celestine Ujang, Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Abdullah Saidol percaya bekas menteri kabinet itu amat disenangi ramai.

    Abdullah yang juga Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) berkata, beliau sering mendengar daripada rakan politik yang senagkatan dengan mendiang bahawa bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena itu merupakan pemimpin tenang, mesra serta disenangi ramai tanpa mengira bangsa dan agama.

    "Saya tahu beliau adalah antara pemimpin lama yang mengasas serta membentuk susasana keharmonian dan kestabilan dalam negeri yang kita semua kecapi sekarang.

    "Tahziah kepada semua ahli keluarga mendiang," katanya.

    Menurutnya, Sarawak kehilangan seorang pemimpin anak negeri yang cemerlang.

    Mendiang Celestine meninggal dunia di sebuah hospital swasta malam tadi pada usia 70 tahun.

    Dalam kabinet negeri ini beliau pernah memegang portfolio Kemajuan Tanah dan Perumahan dan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN).

    Mendiang pernah memegang jawatan naib presiden dan ketua pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).-Sarawakiana



  • No Comment to " Mendiang Celestine Disenangi Ramai, Berjiwa Rakyat "