• Mayat Reput Ditemui Dalam Lubang Paip

    Published: Friday, 5 January 2018
    A- A+


    KOTA KINABALU - Satu mayat lelaki yang telah reput lebih kurang dua minggu ditemui di dalam lubang paip air di tepi jalan Tuaran Bypass di Manggatal semalam.

    Dalam kejadian pada pukul 2.35 petang tersebut, pasukan polis bergegas ke lokasi selepas menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan mayat terbabit.

    Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Kominisioner M. Chandra berkata, mayat Masri Pelasin berusia 44 tahun itu ditemui di dalam lubang paip di tepi jalan Tuaran Bypass dekat sini.

    "Hasil siasatan mendapati lelaki tersebut telah meninggal dunia kira-kira dua minggu lalu dan tiada sebarang kecederaan kerana keadaan mayat mereput.

    "Selain itu, pemeriksaan lanjut di sekitar lokasi kejadian juga tidak menemui kesan unsur jenayah ataupun sebarang senjata api," katanya.

    Mayat mangsa kemudiannya, dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 1 dekat sini untuk proses bedah siasat.

    Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut. - K! ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Mayat Reput Ditemui Dalam Lubang Paip "