• Mayat Bayi Lelaki Kembung Ditemui

    Published: Wednesday, 31 January 2018
    A- A+


    ALOR SETAR - Jemaah Masjid Kariah Pulau Ketam, Jitra dekat sini terkejut apabila menemui bungkusan plastik hitam mengandungi mayat bayi lelaki yang telah kembung di tepi pagar masjid itu pagi ini.

    Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd. Ismail Ibrahim berkata, mayat bayi yang berbalut dengan kain batik itu ditemui orang awam yang mahu menunaikan solat Subuh di masjid tersebut kira-kira pukul 5.30 pagi tadi.

    "Jemaah masjid kemudian memeriksa bungkusan plastik hitam tersebut dan mendapati terdapat satu objek dibalut dengan kain batik sebelum ternampak kaki mayat bayi terbabit.

    "Saksi kemudian menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu untuk memaklumkan perkara berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

    Kata beliau, pegawai perubatan Hospital Jitra yang tiba di lokasi kejadian mendapati bayi itu cukup sifat dan telah meninggal dunia lebih 24 jam. - K! ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Mayat Bayi Lelaki Kembung Ditemui "