• Mawan Lebih Tahu Sentimen Pengundi Di Saratok - Karim

    Published: Friday, 26 January 2018
    A- A+

    Menteri Pelancongan Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah bersetuju dengan kenyataan Ahli Parlimen Saratok Tan Sri William Mawan yang menyatakan sokongan kuat dari akar umbi adalah faktor utama dalam memastikan calon Barisan Nasional (BN) menang pada Pilihanraya Umum (PRU14)

    Karim bertindak balas terhadap kenyataan Mawan yang memberi amaran kepada sesiapa yang melobi di kerusi Parlimen Saratok untuk tidak menjejaskan sokongan terhadap BN.

    Ini berikutan perebutan kerusi di antara Mawan dan bekas partinya Parti Demokratif Progresif (PDP) di kerusi berkenaan.

    Memetik laporan The Borneo Post, Karim berkata Mawan tidak pernah berhasrat untuk meninggalkan BN dan mendakwa Mawan lebih tahu sentimen pengundi di Parlimen Saratok.

    "Beliau tahu sentimen di Saratok dengan baik dan sebagaimana yang dikatakannya, siapa yang bercita-cita untuk melobi di kerusi berkenaan haruslah mendapat sokongan dari akar umbi terlebih dahulu.

    "Tidak adil untuk bertanding hanya kerana kerusi diperuntukkan kepada parti di bawah gabungan BN, tetapi pada akhirnya kalah di tangan pembangkang," ujarnya.

    Karim turut menegaskan BN dan PBB akan memilih calon yang boleh menang, mesra rakyat dan mampu memenuhi keperluan semua kaum di kawasan itu dan bukan hanya parti yang dipilih.

    "Memandangkan perkara yang bersangkut paut dengan sokongan akar umbi, semua faktor lain harus dikaitkan dengan pilihan rakyat, dan penerimaan akar umbi yang kuat harus diguna pakai dalam proses perundingan dalam membuat keputusan,"

    "Pilihan calon yang salah mungkin boleh 'membunuh' terutama jika penduduk tempatan memutuskan untuk tidak menyokong calon tersebut," jelas beliau. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Mawan Lebih Tahu Sentimen Pengundi Di Saratok - Karim "