• Maut Dikelar Depan Rakan Wanita

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Sunday, 7 January 2018
    A- A+

    Lelaki maut dikelar ketika berniaga di pasar malam di Jalan Cermat 25/36 Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam, dalam kejadian 9.05 malam tadi.

    Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat, berkata Mohd Nor Syazrin Rasdi, 28, yang berasal dari Kupang, Baling, Kedah, maut di tempat kejadian.

    Beliau berkata, kejadian ketika mangsa bersama rakan wanita berusia 26 tahun dan dua pekerja Indonesia, masing-masing berusia 28 dan 31 tahun berniaga di kawasan itu.

    Katanya, mereka yang berniaga barangan kosmetik itu didatangi empat lelaki dipercayai Indonesia tidak dikenali seterusnya menyerang mangsa dengan pisau.

    “Mangsa yang luka di leher mati di tempat kejadian manakala pekerja yang cuba membantu cedera di kepala. Punca kejadian masih disiasat,” katanya.

    Shafien berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).

    Beliau berkata, rakan wanita mangsa dan pekerja Indonesia ditahan untuk membantu siasatan.

    “Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan perintah tahanan reman akan dipohon pagi ini,” katanya.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Maut Dikelar Depan Rakan Wanita "