• Masyarakat Cina Perlu Terus Sokong BN

    Published: Thursday, 11 January 2018
    A- A+

    Komuniti Cina perlu terus memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

    Ahli Parlimen Limbang, Hasbi Habibollah berkata, sokongan tersebut penting untuk memastikan setiap rancangan kerajaan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

    Malah menurutnya, pemimpin dan ketua masyarakat Cina memainkan peranan penting dalam mendidik generasi muda untuk memahami dasar kerajaan BN.

    "Ketua masyarakat Cina perlu melaksanakan pelbagai aktiviti atau program untuk mendidik generasi muda supaya mengetahui dasar kerajaan," katanya seperti yang dilaporkan Utusan Borneo.

    Beliau menjelaskan, sokongan ketua masyarakat Cina penting dalam memastikan segala program dan dasar kerajaan dapat difahami golongan muda.

    Selain menumpukan kepada aspek perpaduan, tambahnya, kerajaan juga memberi peruntukan dan bantuan kepada mereka dalam meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk merealisasikan Transformasi Nasional 2050 (TN50).-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Masyarakat Cina Perlu Terus Sokong BN "