• Masyarakat Bidayuh Tetap Beri Sokongan Kepada BN

    Reporter: Yusz Man
    Published: Friday, 26 January 2018
    A- A+

    Masyarakat Bidayuh khususnya dari kawasan Parlimen Mas Gading, Puncak Borneo dan Serian akan terus memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) untuk menerajui kawasan ersebut dan memastikan kemenangan milik BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

    Memetik laporan akhbar Utusan Borneo, Penganalisis Politik Datuk Peter Minos berkata lebih 75 peratus masyarakat Bidayuh masih tinggal di kawasan kampung dan mereka berharap dengan kerajaan yang diterajui oleh kerajaan BN bagi mendapatkan kemudahan-kemudahan asas seperti jalan raya, air terawat, elektrik, sekolah, klinik dan sebagainya boleh dilaksanakan.

    Oleh demikian, semua parti kompenen BN perlu meneliti sehabis baik siapa yang bakal menjadi calon paling sesuai.

    Meskipun pihak pembangkang mengatur serangan bertubi-tubi memburukkan kerajaan BN namun masyarakat Bidayuh masih memberikan sokongan kepada BN dan menganggap pembangkang hanya berani cakap besar tetapi tidak dapat berbuat apa-apa untuk mereka.

    “Ramai Bidayuh berkata BN bermakna pembangunan dan pembangkang bermaksud masalah’. Itulah pemikiran mereka dan saya katakan bahawa mereka hanya realistik dan praktikal berdasarkan kepada kedudukan sosial dan ekonomi mereka sekarang,” katanya.

    Mengulas lanjut, Minos berkata pada PRU14 akan datang kelak kemenangan pasti akan tetap menjadi milik BN kerana rakyat mempercayai kerajaan BN adalah yang terbaik .-Sarawakiana
  • No Comment to " Masyarakat Bidayuh Tetap Beri Sokongan Kepada BN "