• Masih Ramai Belia Belum Daftar Undi -Takun

    Reporter: Yusz Man
    Published: Friday, 12 January 2018
    A- A+


    Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sarawak Datuk Takun Sunggah berkata sehingga kini masih ramai golongan belia berusia 21 hingga 39 tahun belum mendaftar sebagai pengundi.

    Menurutnya, bagaimanapun jumlah keseluruhan golongan belia yang belum berdaftar di Sarawak tidak diketahui secara langsung namun apabila tiba hari pilihan raya respon dari golongan tersebut tidak menghampakan.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Takun turut memberitahu hal tersebut adalah sukar untuk diramal kerana ada segelintir daripada mereka mendaftar diri sebagai pengundi pada umur 40 tahun.

    Dalam perkembangan lain, Takun berkata setakat 30 November 2017 seramai 1,211108 telah berdaftar sebagai pemilih di negeri Sarawak.

    Dalam pada itu, seramai 1,462,2881 telah berdaftar sebagai pengundi.-Sarawakiana
  • No Comment to " Masih Ramai Belia Belum Daftar Undi -Takun "