• Masalah Tanah, Pekerja Punca Sukar Capai Sasaran Tanam 1 Juta Pokok

    Published: Thursday, 18 January 2018
    A- A+

    KUCHING: Bagi membolehkan sasaran satu juta penanaman semula pokok menjelang tahun 2020 dicapai, Sarawak perlu melihat semula strategi dan dasar sedia ada.

    "Setakat ini, Sarawak hanya mencapai 30 peratus atau lebih 300,000 hektar penanaman semula pokok daripada sasaran itu," kata Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh.

    Memetik laporan Utusan Borneo, beliau menjelaskan terdapat masalah berkaitan tanah dan pekerja yang menyebabkan sasaran tersebut sukar dicapai.

    "Kita patut realistik dan harus melihat masalah ini dari segi isu tanah dan pekerja.

    "Dari segi teknikal, kita dapat tangani sendiri seperti soal pemilihan spesis pokok dan sebagainya," jelas beliau.

    Katanya, kerajaan akan mengadakan kerjasama dengan organisasi antarabangsa dari Finland sebagai usaha bagi mencapai sasaran tersebut. - Sarawakiana
  • No Comment to " Masalah Tanah, Pekerja Punca Sukar Capai Sasaran Tanam 1 Juta Pokok "