• Masalah Penduduk Kampung Bunga Rampai Bakal Selesai - Lo

    Published: Thursday, 18 January 2018
    A- A+

    KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang yakin masalah yang membelenggu penduduk di kawasan Kampung Bunga Rampai akan selesai setelah projek hasil inisiatif Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg terlaksana kelak.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Lo berkata projek berkenaan yang melibatkan pembinaan sebanyak 122 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) di kawasan yang lebih selamat dan selesa berbanding dengan keadaan rumah mereka yang dibina di tebingan sungai serta berisiko menghadapi ancaman banjir dan tanah runtuh.

    “Projek RMR berkenaan akan dilaksanakan di tapak seluas lebih 11 ekar dijangka selama 21 bulan dengan kos lebih RM23 juta.

    “Setiap unit rumah teres satu tingkat itu yang mempunyai keluasan lantai 700 kaki persegi akan dilengkapi dengan tiga bilik tidur, dua tandas dan ruang kereta.” katanya 

    Lo turut melahirkan rasa gembira kerana penantian hampir 35 tahun penduduk di Kampung Bunga Rampai akhirnya terlaksana.-Sarawakiana
  • No Comment to " Masalah Penduduk Kampung Bunga Rampai Bakal Selesai - Lo "