• Maritim Malaysia Tahan Bot Nelayan

    Reporter: Yusz Man
    Published: Friday, 12 January 2018
    A- A+


    LUMUT: Dua nelayan warga Myanmar bersama sebuah bot ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di kedudukan 4.4 batu nautika barat daya Pulau Talang dekat sini, semalam.

    Dalam kejadian jam 5.20 petang, warga asing itu ditahan kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

    Pengarah Maritim Daerah Maritim 3 Lumut, Kapten Maritim Wan Mat Wan Abdullah, berkata bot nelayan ditahan anggota Bot Petir 80 yang sedang melakukan rondaan dan penguatkuasaan di perairan negara.

    Katanya, tekong dan awak-awak warga asing berkenaan berusia 37 dan 41 tahun.

    "Pemeriksaan lanjut mendapati mereka tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah dan gagal menunjukkan surat kebenaran dari ketua pengarah Perikanan.

    "Bot pula membabitkan kesalahan mengikut Akta Perikanan 1985 kerana menggaji (dioperasikan) pekerja asing," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

    Beliau berkata, bot nelayan tempatan bersama dua nelayan warga asing berkenaan dibawa ke jeti Kampung Baru Sitiawan untuk siasatan lanjut.-hmetro

    Subjects:

  • No Comment to " Maritim Malaysia Tahan Bot Nelayan "