• Manifesto PH Tidak Sentuh Isu Perpaduan

    Published: Thursday, 18 January 2018
    A- A+
    Tidak dapat dibayangkan jika negara ini tidak diterap semangat perpaduan dan amalan bersatupadu jika Pakatan Harapan (PH) menguasai Putrajaya.

    Sudah pasti berlaku perpecahan kaum dan pertelagahan antara kaum dan agama yang tidak akan terkawal. Negara akan musnah dan tidak mustahil tanahair ini akan dijajah semula.

    Struktur menyatupadukan kepelbagaian kaum dan agama tidak pernah timbul dalam agenda selamatkan Malaysia.

    Kalau beginilah perancangan pembentukan PH untuk berkuasa, apa ertinya slogan selamatkan Malaysia andai soal perpaduan diperlekehkan.

    Umum mengetahui kejayaan negara pada hari ini adalah hasil perpaduan dan kesepakatan setiap lapisan kaum dan agama sejak dari dulu lagi.

    Ia merupakan manifesto Barisan Nasional (BN) yang tidak pernah terkeluar dari senarai. Malah acap kali Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyentuh isu tersebut setiap kali beliau berucap.

    Jika isu perpaduan diremehkan, rakyat yang berbilang akan menghadapi kesukaran untuk bekerjasama memajukan negara.

    Akan berlaku bermacam-macam masalah yang bakal menggugat kedaulatan dan keamanan negara.

    Negara akan hancur dan agenda selamatkan Malaysia hanya retorik PH untuk meraih undi rakyat. Yang penting bagi PH adalah asal impian menduduki Putrajaya tercapai.

    Kerakusan untuk berkuasa semakin meluap-luap di pihak pembangkang kerana mereka mengetahui Najib berjaya meningkat ekonomi negara serta berhasil mencuci sampah yang ditinggal oleh Mahathir yang memerintah selama 22 tahun.

    Ini yang pembangkang mahu dan soal perpaduan rakyat tidak penting bagi PH asalkan mereka berjaya berkuasa ketika ekonomi sedang berkembang setelah Najib bekerja keras memulih ekonomi negara. – A Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Manifesto PH Tidak Sentuh Isu Perpaduan "