• Mangsa Baham Buaya Di Debak Berjaya Ditemui

    Published: Friday, 5 January 2018
    A- A+


    DEBAK: Mayat remaja lelaki yang hilang dipercayai dibaham buaya pada Rabu lepas berjaya ditemui pasukan Bomba bersama penduduk kampung dalam Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) yang memasuki hari ketiga hari ini.

    Mangsa Abang Mohamad Haikal Abang Suip, 13, ditemui kira-kira jam 10.45 pagi tadi di kawasan tanjung berdekatan Kampung Buda, lebih kurang 1.5 kilometer dari tempat kejadian.

    Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, dalam kejadian pada jam 5.30 petang Rabu lepas, mangsa Abang Mohamad Haikal ketika memancing ditepi Sungai Dit bersama saudaranya tiba-tiba diheret seekor buaya ke dalam air.

    Menurutnya, sejurus menerima laporan kejadian tersebut, Operasi SAR dilancarkan bersama anggota polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung.

    Menurut sumber di lapangan, difahamkan mangsa ditemui dalam keadaan kurang sempurna dan telah diserah kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya. - Sarawakiana
  • No Comment to " Mangsa Baham Buaya Di Debak Berjaya Ditemui "