• Manchester United Kelab Terkaya Dunia

    Published: Wednesday, 17 January 2018
    A- A+

    ZURICH: Manchester United menikmati hasil pendapatan terbesar berbanding kelab Eropah lainnya dalam tahun kewangan lalu selepas peningkatan 32 peratus melonjakkan mereka mengatasi Real Madrid dan Barcelona, menurut UEFA dalam laporan tahunan yang dikeluarkan hari ini.

    Laporan Lanskap Bola Sepak Kelab Eropah berkata hasil pendapatan diraih 700 kelab utama seluruh Eropah berjumlah 18.5 bilion euro (RM89.8 bilion) berbanding 16.9 bilion euro (RM82 bilion) tahun sebelumnya dan 2.8 bilion euro (RM13.6 bilion) pada 1996.

    Bagaimanapun laporan menyatakan bahawakan separuh daripada amaun itu iaitu 9.1 bilion euro (RM44.2 bilion) diperolehi daripada 30 kelab dan jurang di antara kelab elit dan kelab bawahan semakin melebar.

    Hasil diperolehi siaran televisyen Liga Perdana Inggeris juga semakin meningkat sehinggakan kelab pertengahan liga seperti Bournemouth meraih pendapatan sama seperti juara Eropah tiga kali Inter Milan.

    Laporan itu turut menyatakan hasil diperolehi United pada 2016 adalah sebanyak 689 juta euro (RM3.34 bilion) berbanding 521juta euro (RM2.53 bilion) pada 2015.

    Kedudukan United itu diikuti Barcelona dan Real Madrid (masing-masing 620 juta (RM3 bilion)), Bayern Munich (592 juta (RM2.87 bilion)), Paris St Germain (542 juta (RM2.63 bilion)) dan Manchester City (533 juta (RM2.58 bilion).

    Keuntungan operasi United iaitu 232 juta euro (RM1.12 bilion) juga adalah yang tertinggi diikuti Real Madrid, PSG, Bayern Munich, Arsenal dan City.

    United juga dibebani hutang bersih tertinggi iaitu 561 juta euro (RM2.72 bilion) mendahului Benfica, Inter Milan, Juventus dan Liverpool.

    Laporan itu turut mengesahkan Liga Perdana Inggeris itu menikmati hasil tertinggi di Eropah dengan purata 244.4 juta euro (RM1.18 bilion) setiap kelab diikuti Bundesliga Jerman dengan 149.6 juta (RM726. 3 juta) setiap kelab sebelum Sepanyol (126.3 juta (RM613.4 juta)) dan Itali (100.2 juta (RM486.7 juta).

    Hasil pendapatan kelab bagaimanapun menyusut di negara lain walaupun di negara kuasa bola sepak tradisi seperti Belanda (26.7 juta (RM129.6 juta)) dan Portugal (20.3 juta (RM98.5 juta).

    “Sekali lagi, kita hanya mampu melihat bahawa polarisasi komersial dan hasil penajaan di antara kelab ternama dan yang lain semaikin meningkat,” kata Presiden UEFA Aleksander Ceferin.-Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Manchester United Kelab Terkaya Dunia "