• Malaysia kekal mesra pelabur

    Reporter: Yusz Man
    Published: Tuesday, 23 January 2018
    A- A+


    KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan kerajaan akan sentiasa memastikan Malaysia menjadi negara mesra pelabur dan perniagaan.

    Dengan sasaran itu, Perdana Menteri berkata, usaha akan ditingkatkan ke arah pengukuhan ketelusan, akauntabiliti dan keberkesanan.

    "Kita perlu memastikan pasaran modal Malaysia kekal berdaya saing supaya pasaran dapat terus bergerak bagi membolehkannya berkembang dengan berkesan serta memenuhi kehendak pertumbuhan ekonomi.

    "Suruhanjaya Sekuriti, Bursa Malaysia, Bank Negara dan Kementerian Kewangan sentiasa memperkenalkan langkah menyokong bagi meningkatkan dinamis pasaran modal negara.

    "Bagi mencapai objektif ini, saya memberi jaminan kita boleh jangkakan pengenalan langkah susulan dalam tempoh terdekat," katanya.

    Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama sempena Invest Malaysia 2018 di ibu negara, hari ini.-BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Malaysia kekal mesra pelabur "