• Malaysia hadiri mesyuarat tergempar OIC

    Reporter: Admin
    Published: Friday, 19 January 2018
    A- A+

    SUNGAI PETANI 19 Jan. – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dijangka menghadiri mesyuarat tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Arab Saudi, Ahad ini bagi membincangkan mengenai serangan daripada Yemen ke negara berkenaan baru-baru ini.

    Menurut beliau, mesyuarat tergempar yang disertai negara-negara anggota OIC itu akan diadakan di Jeddah sebelum memikirkan mengenai masa depan Yemen pula.

    “Dalam kedua-dua perkara, pendirian Malaysia amat jelas. Apa jua keadaan di mana kedudukan dua kota suci Mekah dan Madinah terancam, kita akan bersama Arab Saudi.

    “Keduanya mengenai kedudukan Yemen, kita tidak hantar tentera kita berperang di bumi Yemen. Tetapi sekiranya ada usaha untuk membantu dari segi bantuan kemanusian atau membina semula Yemen, kita akan bantu melalui ATM (Angkatan Tentera Malaysia),” katanya di sini hari ini.

    Hishammuddin berkata, pihaknya berharap tiada pihak yang cuba memutar-belit kehadiran beliau ke mesyuarat tergempar OIC tersebut.

    “Saya jawab di Dewan Rakyat sebelum ini tentang pendirian Malaysia dalam kedua-dua perkara ini. Ahad dan Isnin ini, saya akan berada di Jeddah dan Riyadh untuk mewakili negara kita,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Malaysia hadiri mesyuarat tergempar OIC "