• Malaysia Antara Negara Mempunyai Pekerja Gembira

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Thursday, 11 January 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR - Malaysia menduduki tempat ke empat dari tujuh negara di rantau ini dari segi tahap kegembiraan di tempat kerja,

    Hasil kajian Indeks Kegembiraan Pekerjaan 2017 yang dijalankan oleh JobStreet.com didedahkan menerusi sebuah portal hari ini.

    “Malaysia merekodkan 4.65 mata daripada skala 10 mata dengan sejumlah 10,143 pekerja Malaysia yang menyertai kajian tersebut.

    “Lebih 58 peratus pekerja yang menyertai kajian itu mempunyai rasa neutral hingga gembira di tempat kerja mereka," kata kajian itu.

    Lokasi tempat kerja, rakan sekerja yang baik dan reputasi syarikat merupakan tiga faktor utama yang menyumbang kepada kegembiraan di tempat kerja.

    “Kajian mendapati pekerja dalam sektor awam, makanan dan minuman, serta industri perubatan adalah paling gembira dengan tempat kerja mereka.

    “Dari segi pengkhususan, pekerja yang gembira adalah di bahagian jualan, kejuruteraan, dan penjagaan kesihatan,” kata JobStreet dalam satu kenyataan.

    Sementara itu, antara faktor yang menyumbang kepada rasa tidak gembira pekerja termasuk kepimpinan yang lemah, pembangunan kerjaya kurang dan peluang latihan rendah.

    “Kami lihat pembangunan kerjaya dan peluang latihan sebagai aspek yang tidak boleh diabaikan. Trend sama turut didapati dalam laporan 10 Syarikat Utama JobStreet yang mana pekerja menekankan dua aspek ini," katanya lagi. - Sinarharian

    Subjects:

  • No Comment to " Malaysia Antara Negara Mempunyai Pekerja Gembira "