• Majlis Tertinggi BN Adakan Mesyuarat Esok

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Tuesday, 2 January 2018
    A- A+


    KUCHING: Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) akan mengadakan mesyuarat khas di Kuala Lumpur esok 3 Januari  kata Presiden PRS Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing.

    "Saya baru diberitahu bahawa Majlis Tertinggi BN akan mengadakan mesyuarat tersebut pada 3 Jan 2018,” katanya kepada The Borneo Post semalam.

    Katanya, majlis tertinggi BN dijangka mengadakan "khas" pada 3 Jan untuk membincangkan persiapan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang seperti yang dilaporkan oleh Akhbar Berita Harian.

    Memetik laporan akhbar tersebut, mesyuarat itu juga dijangka membincangkan "winnability" dan penerimaan orang ramai terhadap calon oleh setiap parti komponen.

    Selain itu, menurut sumber lain, Pemimpin-pemimpin BN Sarawak juga diminta untuk menyelesaikan tuntutan kerusi yang bertindih antara parti komponen BN dan parti-parti yang mesra BN.

    Tidak seperti kerajaan BN di seluruh Malaysia, BN Sarawak memilih anggota parti komponen bukan BN sebagai ahli eksekutif negeri. – Sarawakiana
  • No Comment to " Majlis Tertinggi BN Adakan Mesyuarat Esok "