• Mahrez Bernilai Lebih 100 Juta Pound - Puel

    Published: Tuesday, 16 January 2018
    A- A+

    LONDON: Pemain sayap Algeria Riyad Mahrez mungkin bernilai lebih 100 juta pound (RM546 juta) jika dia meniggalkan Leicester City pada akhir musim ini, kata pengurus kelab itu, Claude Puel hari ini.

    “Ini adalah spekulasi dan kami tidak boleh memberi maklum balas kepada semua spekulasi dengan informasi. Mungkin, pada penghujung musim ini dia akan bernilai lebih 100 juta pound.

    “Ia selalu menjadi perkara yang sama tentang Riyad, ia hanya khabar angin, orang berkata tentang dirinya dan pemain lain.

    “Kita boleh lihat Riyad senyum dan menikmati bola sepak serta bergaul mesra dengan rakan sepasukannya. Perkara ini boleh dilihat semasa dia menjalani sesi latihan.

    “Selepas sesi latihan, dia terus bermain dan saya mahu dia mendapat lebih rehat.

    “Semua khabar angin dan spekulasi berhubung Riyad, adakah wartawan mahu dia meninggalkan kelab ini?” jelas Puel berhubung Mahrez, yang juga watak penting dalam kejayaan Leicester memenangi Liga Perdana Inggeris pada musim 2015/16.

    Mahrez, bagaimanapun dilaporkan mahu meninggalkan kelab Midlands itu pada pra musim lalu, namun hanya Roma yang berminat untuk mendapatkannya, dengan kelab Itali tersebut menawarkan 32 juta pound (RM175 juta), tetapi tidak menarik minat untuk Leicester melepaskannya.

    Leicester memberi bayangan akan membuat meletakkan nilai besar bagi pemain sayap itu setelah bintang Belanda Virgil van Dijk menyertai Liverpool dari satu lagi pasukan Liga Perdana, Southampton pada harga 75 juta pound (RM409 juta) awal bulan ini, rekod dunia untuk seorang jentera pertahanan.- AFP


    Subjects:

  • No Comment to " Mahrez Bernilai Lebih 100 Juta Pound - Puel "