• Mahmoud Ahmadinejad Ditahan Kerana Cetuskan Keganasan

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Monday, 8 January 2018
    A- A+

    TEHRAN: Bekas Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad ditahan kerana didakwa `mencetuskan keganasan’, lapor akhbar Al-Quds Al-Arabi, semalam.

    Beliau ditahan ekoran kenyataannya semasa tunjuk perasaan pada 28 Disember lalu di bandar Bushehr.

    Menurut laporan yang memetik sumber di Tehran, Mahmoud berkata, beberapa pemimpin Iran sekarang hidup dengan mengasingkan masalah dan kebimbangan rakyat.

    "Mereka tidak tahu tentang realiti masyarakat," katanya yang dilaporkan oleh portal New York Post. - Agensi



    Subjects:

  • No Comment to " Mahmoud Ahmadinejad Ditahan Kerana Cetuskan Keganasan "