• Mahmoud Abbas minta EU iktiraf negara Palestin

    Published: Monday, 22 January 2018
    A- A+
    BRUSSELS 22 Jan. - Pemimpin Palestin, Mahmoud Abbas akan meminta Kesatuan Eropah (EU) secara rasmi mengiktiraf negara Palestin apabila bertemu dengan menteri-menteri luar EU hari ini.

    Menteri Luar Palestin, Riad al-Malki berkata, Mahmoud juga akan meminta EU mengambil langkah yang sewajarnya `sebagai tindak balas’ terhadap keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.

    Kata beliau, pemimpin Palestin itu juga akan `mempertahankan komitmennya terhadap proses damai’ di Asia Barat.

    ``Memandangkan keputusan Trump telah mengubah peraturan `permainan’ ini, beliau berharap menteri-menteri luar Eropah tampil dan sebulat suara mengiktiraf negara Palestin sebagai tindak balas terhadap keputusan Trump itu,’’ kata Riad. - AFP


    Subjects:

  • No Comment to " Mahmoud Abbas minta EU iktiraf negara Palestin "