• Mahkamah Khas Pemerdagangan Orang Mei Ini

    Published: Friday, 12 January 2018
    A- A+

    PUTRAJAYA: Mahkamah khas khusus mengendalikan kes pemerdagangan orang akan diwujudkan pertengahan tahun ini.

    Ketua Hakim Negara, Tun Raus Sharif, berkata ia berikutan berlaku peningkatan mendadak bagi kes pemerdagangan orang, justeru perlu diselesaikan segera melalui mahkamah dan hakim khas yang mengendalikan kes berkenaan.

    "Kes pemerdagangan orang perlu diselesaikan segera kerana kadangkala saksi berada dalam tahanan, jadi kita perlu percepatkan.

    "Berdasarkan pengalaman sebelum ini, ia dapat dilakukan dengan lebih baik melalui mahkamah khas," katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada majlis Pembukaan Tahun Kehakiman 2018 di sini, hari ini.

    Raus berkata, mahkamah khas pertama bagi kes pemerdagangan orang itu akan diwujudkan pada Mei atau Jun ini di Klang, sebelum diperluaskan ke negeri lain.- BH Online

    Subjects:

  • No Comment to " Mahkamah Khas Pemerdagangan Orang Mei Ini "