• Mahathir Bohong Lagi Bila Dakwa Malaysia Akan Bankrap Seperti Greece

    Published: Friday, 5 January 2018
    A- A+

    Tulisan asal oleh:
    Eric See-To, Facebook Eric See-To, 4 Januari 2018

    Pagi ini, MalaysiaKini melaporkan bahawa Tun Mahathir telah memberitahu sebuah forum bahawa Malaysia sedang menuju ke arah kebankrapan jika ia tidak dapat menyelesaikan banyak hutang besarnya.

    “Tahukah anda, kami mempunyai hutang jangka panjang dan jangka pendek sebanyak AS$900 bilion. Jika kami tidak membayarnya, mereka akan menyebabkan anda bankrap.

    “Anda lihat apa yang berlaku di Greece… Di sini, kami meminjam lebih daripada Greece dan kami lebih miskin daripada Greece,” katanya.
    https://www.malaysiakini.com/news/407393

    Setiap ayat itu penuh dengan pembohongan.

    Pertama, Malaysia tidak mempunyai hutang besar. Nisbah Hutang-kepada-KDNK Malaysia kini berada pada 50.7%. Ini jauh lebih rendah daripada 92 negara lain di dunia termasuklah Singapura, Jerman, AS, UK dan hampir kesemua negara maju. Oleh itu, 91 negara di dunia ini perlu terlebih dahulu bankrap sebelum Malaysia.

    Dan pada 50.7%, ia dua kali ganda lebih kurang berbanding 103.4% pada tahun 1986 di bawah Mahathir selepas beliau telah meningkatkan hutang Malaysia sebanyak lebih daripada dua kali ganda dalam tempoh 5 tahun selepas beliau mula-mula berkuasa.

    Hutang kerajaan kita juga bukanlah AS$900 juta (RM3.6 trilion). Ia adalah RM680 bilion atau kira-kira AS$170 bilion. Saya tertanya-tanya dari manakah Tun Mahathir memetik jumlah AS$900 bilion itu?

    Sekiranya betullah ia bernilai RM3.6 trilion maka tahap hutang kepada KDNK kita akan menghampiri 300% dan akan menjadikan kita yang tertinggi di dunia – lebih tinggi daripada 220% Jepun.

    Saya juga tidak tahu siapa yang dimaksudkan oleh Mahathir apabila beliau berkata “Jika kami tidak membayarnya, mereka akan menyebabkan anda bankrap.”

    Hutang kerajaan Malaysia adalah 97.5% didenominasikan dalam Ringgit – mata wang yang kita kawal. Ini bermakna tidak seperti Greece yang berhutang dan menggunakan Euro yang berada di luar kawalan mereka, Malaysia pada dasarnya berhutang pada diri sendiri jadi tidak ada yang dapat membuat kita bankrap.

    Malaysia juga tidak berhutang satu sen pun kepada Bank Dunia atau IMF jadi siapa sebenarnya yang dimaksudkan Mahathir akan membuat kita bankrap?

    Membandingkan kita dengan Greece juga tidak adil. Greece mempunyai hutang kepada KDNK sebanyak 180% sekarang – lebih daripada tiga kali ganda berbanding 50.7% kita.

    Agensi penarafan kredit antarabangsa menilai Greece pada kedudukan grade11 yang lebih rendah daripada Malaysia. Moody’s memberikan Greece penarafan Caa3 berbanding A3 untuk Malaysia, iaitu gred pelaburan.

    Caa3 dikelaskan sebagai “dinilai sebagai kualiti yang teruk dan risiko kredit yang tinggi” (rated as poor quality and very high credit risk) manakala A3 dikelaskan sebagai “dinilai sebagai gred sederhana atas dan risiko kredit rendah (rated as upper-medium grade and low credit risk).”

    Malah, sepanjang tempoh Mahathir menjadi Perdana Menteri sehingga beliau bersara, Malaysia tidak pernah mencapai gred pelaburan status “A”.

    Walau bagaimanapun, Tun Mahathir memang tahu apabila sesebuah negara itu akan hampir muflis. Pada akhir 1990-an, Mahathir terpaksa mendekati Jepun dan Singapura secara terbuka untuk mendapatkan pinjaman kecemasan untuk menyelamatkan Malaysia.

    Tidak seperti sekarang, Mahathir juga terpaksa membuat DanaHarta dan DanaModal untuk menyelamatkan dan membuat permodalan semula korporat dan bank-bank kita yang berada di ambang kegagalan. Bank-bank kita hari ini semuanya membuat keuntungan rekod berbanding kerugian yang besar pada masa itu.

    Pada masa itu, pasaran saham kita menjunam 80% kepada 200 mata – tidak seperti sekarang di mana indeks pasaran saham kita pada 1796 lebih daripada dua kali ganda tahap 800 mata ketika Dato Sri Najib Razak mengambil alih sebagai PM.

    Banyak projek seperti Plaza Rakyat, Bukit Beruntung, KL Linear City dan Grand Hilton telah ditinggalkan – tidak seperti hari ini di mana tiada projek seperti itu yang telah ditinggalkan.

    Pada masa itu, Ringgit kita juga menjunam lebih daripada 60% daripada RM2.30 kepada serendah RM4.86 kepada USD sebelum Mahathir terpaksa mengenakan kawalan modal untuk menambatnya pada RM3.80.

    Memandangkan pengalamannya, Mahathir pasti akan tahu apabila sesebuah negara itu hampir muflis dan beliau tahu hari ini, kita jauh dari itu.

    Tetapi saya tertanya-tanya keterdesakan atau motivasi apa yang akan mendorong seorang ahli politik kanan seperti Tun Mahathir untuk memburuk-burukkan negaranya sendiri dan berbohong besar seperti ini?

    Link asal artikel: https://www.facebook.com/EricSeeTo/posts/1824674124211638

    Subjects:

  • No Comment to " Mahathir Bohong Lagi Bila Dakwa Malaysia Akan Bankrap Seperti Greece "