• Lima Tahanan Lolos Diburu

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Thursday, 4 January 2018
    A- A+

    KOTA KINABALU: Tujuh tahanan di Pusat Tahanan Sementara (PTS), Menggatal di sini meloloskan diri ketika proses pembahagian makanan sedang dilakukan pada kira-kira pukul 5 petang, Isnin lalu.

    Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata, dua daripada tahanan itu berjaya ditangkap semula oleh pihak polis, namun lima daripadanya masih diburu.

    Ramli berkata, berikutan itu, operasi khas telah dilancarkan untuk memburu kesemua suspek iaitu Mus Mansul, 62, Alji Sadain, 23, Totong Alipudin, 35, Azmi Alim, 29, dan Amir Sulaiman, 23.

    “Pihak polis dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah bekerjasama mengesan kesemua suspek yang dipercayai bersembunyi di kawasan hutan atau perkampungan di daerah itu.

    “Semua laluan keluar suspek juga telah ditutup manakala gambar kesemua mereka telah diedarkan kepada orang awam untuk membantu memberikan maklumat jika ada,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Lima Tahanan Lolos Diburu "