• Lima Jam Buang Tumor Pak Belang

    Reporter: Bukan Nama Sebenar
    Published: Monday, 22 January 2018
    A- A+


    SONGKHLA: Doktor haiwan di Thailand berusaha menyelamatkan seekor harimau berusia 20 tahun yang sedang menderita akibat ketumbuhan seberat dua kilogram.

    Harimau betina yang diberi nama Or Noi 5 itu selamat menjalani pembedahan di Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Tone Nga Chang di Hat Yai, pada Sabtu.

    Pegawai tempatan, Thanit Nooyim berkata, tumor pada haiwan itu dikesan dua bulan lalu dan pemeriksaan pada Rabu mendapati ia mengancam nyawa haiwan itu.

    Susulan itu, jelas beliau, perancangan dibuat untuk mamalia berkenaan segera menjalani pembedahan.

    Katanya, lima pakar bedah dari Jabatan Taman Negara dan fakulti veterinar Universiti Songkhla mengambil masa tiga jam untuk membuang tumor dari Or Noi 5 yang diberi ubat pelali, lapor Bangkok Post.

    Subjects:

  • No Comment to " Lima Jam Buang Tumor Pak Belang "