• 'Lelong Dara' Untuk Rumah Ibu

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Wednesday, 31 January 2018
    A- A+

    SEORANG remaja warga Brazil mendakwa membuat lelongan 'daranya' bagi meraih £745,000 (RM4.12 juta) untuk membelikan rumah baharu buat ibunya.

    Rosalie Pinho, 19, dari Minas Gerais di tenggara Brazil memberitahu dia menerima tawaran sebanyak £438,000 (RM2.42 juta) dalam tempoh hanya 12 jam selepas memulakan lelongan.

    Bagaimanapun dia berharap untuk meraih lebih banyak lagi sebelum tempoh lelongan berakhir pada Mei.

    Gadis itu berkata, keadaan kewangan keluarganya mendorong dia membuat tawaran yang kontroversi.

    Dia turut mengakui menerima banyak komen negatif dalam talian berhubung tindakannya itu.

    Bercakap kepada Mirror Online, Rosie tetap dengan keputusannya.

    "Saya buat untuk keluarga saya. Terdapat tujuh orang dalam keluarga kami.

    "Selepas bapa meninggalkan kami 10 tahun lalu, semuanya menjadi begitu sukar," jelasnya. - Mirror/mStar

    Subjects:

  • No Comment to " 'Lelong Dara' Untuk Rumah Ibu "