• Lelaki Warga Emas Ditemui Mati Dalam Bilik Berkunci

    Published: Tuesday, 9 January 2018
    A- A+

    SIBU: Seorang lelaki warga emas di temui mati di dalam bilik berkunci di sebuah rumah di sini, pagi tadi.

    Dalam kejadian jam 10.44 pagi itu, pintu hadapan dan pintu bilik di kediaman tersebut berkunci.

    Menurut Jurucakap Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya bersama PDRM terus bertindak memecahkan kunci dan berjaya membuka pintu tersebut.

    “Didapati seorang lelaki warga emas telah dijumpai dilokasi kejadian dalam keadaan tetiarap dan tidak sedarkan diri di atas lantai.

    “Mangsa dikenalpasti sebagai Ngui Kwong Chaun, 65 tahun dan disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital," katanya.-Sarawakiana
  • No Comment to " Lelaki Warga Emas Ditemui Mati Dalam Bilik Berkunci "