• Lelaki Tertua Di Sepanyol Meninggal Dunia

    Published: Wednesday, 31 January 2018
    A- A+

    MADRID: Lelaki tertua di Sepanyol yang dipercayai tertua di dunia meninggal dunia di kampung halamannya, semalam lebih sebulan dia menyambut ulang tahunnya yang ke-113.

    Francisco Nunez Olivera yang berusia 10 tahun ketika Perang Dunia Pertama berlaku, meninggal dunia di Kampung Bienvenida di barat daya Sepanyol, kelmarin.

    Datuk bandar kampung, Antonio Carmona berkata, ini merupakan hari yang dingin dan semua penduduk kampung sangat sedih dengan pemergiannya.

    Dilahirkan pada 13 Disember 1904, keluarga mendiang Olivera mendedahkan rahsia panjang umur lelaki itu adalah melalui diet sayuran yang ditanamnya sendiri. - AFP



    Subjects:

  • No Comment to " Lelaki Tertua Di Sepanyol Meninggal Dunia "