• Lelaki Selamat Selepas Bot Dinaiki Rosak, Tenggelam Di Muara Batang Kemena

    Reporter: Azmin Ramlie
    Published: Friday, 19 January 2018
    A- A+

    BINTULU: Seorang lelaki diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) selepas bot yang dinaikinya mengalami kerosakan dan tenggelam di Muara Batang Kemena di sini, semalam.

    Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 8:45 malam.

    Menurut Pengarah Maritim Daerah Bintulu (DM12) Komander Maritim Mohd Hambali Ya’akup berkata, Pusat DM12 menerima panggilan kira-kira jam 9.00 malam.

    “Mangsa yang hanya dikenali sebagai Sofiyan Meran berusia 36 tahun berjaya dihubungi dan memberitahu bahawa beliau telah diselamatkan oleh oleh anak kapal Atlas Avior yang berlabuh di Muara Batang Kemena,” katanya.

    Sepasukan lima orang anggota telah dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus selepas menerima panggilan.

    Mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederaan telah dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Kampung Jepak untuk tindakan lanjut.- Sarawakiana
  • No Comment to " Lelaki Selamat Selepas Bot Dinaiki Rosak, Tenggelam Di Muara Batang Kemena "