• Lelaki Hampir Terbakar Akibat Taser Polis

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Thursday, 11 January 2018
    A- A+

    Video yang memaparkan seorang pemuda terbakar selepas terkena senjata `taser’ oleh polis di Paris telah menjadi viral di seluruh Perancis.

    Lelaki itu yang melawan ketika ditangkap, telah mencabar salah seorang polis untuk menggunakan senjata taser berkenaan.

    “Kenapa tak guna taser kau,’’ demikian kata lelaki itu.

    “Tidak, aku tidak akan gunakannya,’’ kata polis itu sambil memukul baton di kaki lelaki terbabit.

    Namun tidak lama kemudian salah seorang pegawai polis menembak taser manakala rakannya pula pada masa yang sama telah menyembur gas pemedih mata menyebabkan api terus menyambar.

    Selepas terbakar, keadaan menjadi kecoh. Salah seorang pegawai polis itu telah memadamkan api. Lelaki itu tidak mengalami kecederaan dan telah ditangkap.

    Video itu dirakamkan pada Julai 2013 tetapi hanya minggu ini video tersebut menjadi tular selepas dimuatnaik oleh seseorang di Facebook dan Twitter.

    Ia memaksa siasatan dalaman dijalankan terhadap polis terbabit namun tiada tindakan diambil. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Lelaki Hampir Terbakar Akibat Taser Polis "