• Lelaki Diwajibkan Lapor Polis Jika Mahu Adakan Seks

    Published: Monday, 8 January 2018
    A- A+


    LONDON – Mahkamah memerintahkan seorang lelaki supaya membuat laporan kepada polis terlebih dulu sekiranya ingin mengadakan hubungan seks selepas didapati bersalah kerana mengganggu seorang wanita baru-baru ini.

    Jonathan Garner, 24, yang berasal dari Hull dekat sini dijatuhkan hukuman penjara selama 26 minggu dan di­letakkan di bawah pengawasan mengikut Perintah Kelakuan Jenayah (CBO) selama lima tahun.

    Mahkamah Majistret Hull yang mendengar kesnya mendapati Garner bersalah apabila berulang kali mengancam dan mengunjungi rumah seorang wanita yang dipercayai bekas kekasihnya.

    “Oleh itu, defendan perlu memaklumkan kepada balai polis berdekatan mengenai butiran tempat tinggal atau alamat kediaman yang dihuni paling lama sekurang-kurangnya 28 hari.

    “Malah, defendan perlu memaklumkan mengenai nama kekasih atau teman baharunya kepada polis dalam tempoh 14 hari sebelum mengadakan hubungan seks,” menurut mahkamah itu. – Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Lelaki Diwajibkan Lapor Polis Jika Mahu Adakan Seks "