• Lelaki Disyaki Bunuh Anak Teman Wanita Di Miri Direman 7 Hari

    Published: Thursday, 11 January 2018
    A- A+


    MIRI: Seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam satu kes bunuh melibatkan  seorang gadis berusia 13 tahun yang ditemui tidak bernyawa dalam bonet kereta semalam direman selama tujuh hari bermula semalam sehingga 17 Januari bagi membantu siasatan lanjut.

    Permohonan tahanan reman terhadap suspek yang berasal dari Kuala Lumpur tersebut telah dikemukakan oleh Pegawai Penyiasat ASP Lee Chee Kiat.

    Perintah tahanan reman telah dikeluarkan dan dibacakan oleh Majistret Zuraini Ali Musa petang semalam di Makhamah Majistret dekat sini.

    Terdahulu, suspek lengkap berpakaian lokap telah dibawa ke Kompleks Mahkamah Majistret Miri sekitar jam 2.30 petang.

    Sebelum ini sarawakiana.net melaporkan satu kejadian kejar mengejar antara pihak polis dengan seorang lelaki yang mencurigakan di Kuala Baram sehingga ke Pelabuhan Miri sebelum menemui mayat mangsa didalam bonet kereta dipandunya.-Sarawakiana

    Gadis Ditemui Mati Dalam Bonet Kereta, Kekasih Ibu Ditahan Di Miri
  • No Comment to " Lelaki Disyaki Bunuh Anak Teman Wanita Di Miri Direman 7 Hari "